Grab Mengalami Masalah Untuk Diakses Pengguna Dan Pemandu

Grab Mengalami Masalah Untuk Diakses Pengguna Dan Pemandu

Diterbitkan pada Apr 3, 2018 oleh .

Grab hari ini dilihat mengalami masalah untuk diakses dan digunakan oleh pengguna di rantau Asia Tenggara.

Masalah yang berlarutan sejak beberapa jam yang lepas dikatakan berpunca oleh masalah teknikal. Pihak Grab sedang melihat kepadanya, dan tidak memberikan sebarang latar masa untuk penyelesaiannya buat masa ini.

Masalah ini sekaligus memberikan kesan terhadap para pengguna yang menggunakan perkhidmatan berkenaan – apatah lagi dengan hanya beberapa hari sahaja lagi sebelum aplikasi Uber dihentikan penawaran untuk pengguna di rantau Asia Tenggara. Malah, ia juga turut membuat para pemandu mengalami kerugian kerana tidak boleh mengambil pengguna, selain menyelesaikan tugasan mereka.

Pihak Grab mengatakan mereka sedang berusaha untuk mengatasi masalah teknikal ini sepantas mungkin.


TIPS & ULASAN