Cari @ Amanz

Facebook hari ini menawarkan kemaskini kecil untuk para pengguna perkhidmatan permesejan Facebook Messenger. Melalui kemaskini baru hari ini, pengguna seluruh dunia boleh menghantar dan menerima gambar dalam bentuk rakaman 360-darjah terus melaluinya.

Facebook Messenger 360-darjah

Pengguna perlu merakamkan ia terlebih dahulu, dan menghantar menggunakan aplikasi Facebook Messenger kepada rakan-rakan. Penerima seterusnya boleh melihat terus hasil rakaman dalam bentuk 360-darjah dengan mudah.

Disamping itu, pihak Facebook turut memperkenalkan kebolehan untuk menghantar video melalui Facebook Messenger pada resolusi sehingga 720p. Namun, ciri ini masih belum diaktifkan untuk pengguna tempatan buat masa ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd