Carian
Mozilla Sedang Membangunkan Firefox Untuk Realiti-Gabungan – Firefox Reality
April 4, 2018 Aman

Arena realiti-maya dan juga realiti-gabungan merupakan salah satu arena yang sedang diceburi ramai, malah pelbagai kandungan baru yang sedang dibangunkan untuknya. Terkini, turut menyertai arena sama adalah Mozilla melalui pelayar web baru yang sedang dibangunkan, dinamakan sebagai Firefox Reality.

Firefox Reality

Pelayar web Firefox Reality ini ditujukan untuk pelbagai peranti realiti-maya dan juga realiti-gabungan. Seperti ramai sedia maklum, terdapat beberapa platform untuknya pada hari ini. Pihak Mozilla tidak menyatakan lagi bilakah mereka akan melancarkan Firefox Reality ini, dan apakah platform terawal yang akan menyokongnya.

Melalui Firefox Reality, pengguna boleh mengaksesnya dan melayari web ketika sedang menggunakan set kepala realiti-maya atau realiti-gabungan. Mozilla juga sedanng membangunkan kaedah interaksi yang baik untuk menaip, melayari tab berbeza, menatal web dan sebagainya ketika menggunakan Firefox Reality ini.

Buat masa ini, Mozilla masih bereksperimen dengannya. Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai projek sumber terbuka baru ini dalam minggu-minggu akan datang.

Komen