OnePlus 6 Disahkan Bakal Hadir Dengan Memori Sehingga 8GB RAM Dan Storan Sehingga 256GB

OnePlus 6 Disahkan Bakal Hadir Dengan Memori Sehingga 8GB RAM Dan Storan Sehingga 256GB

Diterbitkan pada Apr 4, 2018 oleh .

Lanjutan daripada perkongsian video acah semalam, hari ini pihak onePlus 6 turut berkongsi beberapa perkara tambahan mengenai telefon pintar akan datang mereka, OnePlus 6.

Pihak OnePlus kini mengesahkan telefon pintar akan datang bakal dikenali dengan nama OnePlus 6, selain hadir dengan cip Snapdragon 845, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB.

Dengan spesifikasi tinggi, pihak OnePlus turut menekankan yang mana peranti mereka membawa pengoptimasian untuk penawaran kelancaran dan kepantasan peranti sepanjang hari tanpa masalah telefon mengalami lengah masa – walaupun selepas menggunakan aplikasi dengan pemprosesan tinggi.

Buat masa ini, masih tiada sebarang tarikh pelancaran untuk OnePlus 6 ini. Tetapi, dengan pelbagai info yang dikeluarkan oleh pihak OnePlus sendiri, maka tidak mustahil kita melihat pengumuman rasmi peranti berkenaan dalam beberapa minggu akan datang.


TIPS & ULASAN