Ketua Bahagian Kecerdasan Buatan Google Telah Berpindah Ke Apple

Ketua Bahagian Kecerdasan Buatan Google Telah Berpindah Ke Apple

Diterbitkan pada Apr 4, 2018 oleh .

Teknologi kecerdasan buatan akan menjadi perbatasan baru dalam peperangan di antara syarikat teknologi. Sistem kecerdasan yang baik yang digunakan secara meluas bukan sahaja pada peranti pintar malahan seperti yang dapat kita lihat hari ini menjadi “otak” kepada speaker pintar untuk mengawal perkakasan di rumah.

Apple dilihat sedikit ketinggalan di belakang Google dan Amazon dalam kemahiran kecerdasan buatan. Oleh itu perpindahan ketua bahagian kecerdasan buatan Google John Giannandrea ke Apple hari ini adalah berita ya mengejutkan. Giannandrea kini mengetuai bahagian kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin di Apple.

Kepentingan Giannandrea di dalam Apple terserlah kerana beliau adalah antara 16 kakitangan yang melapor diri terus kepada Tim Cook. Dengan perpindahan beliau ke Apple mungkin selepas ini akhirnya Siri akan dapat memintas Google Assistant sebagai pembantu maya yang terpintar di pasaran.


TIPS & ULASAN