Samsung Galaxy Note 8 Di Malaysia Mula Menerima Kemaskini Android 8.0 Oreo

Diterbitkan pada Apr 4, 2018. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kemaskini ke Android Oreo untuk Samsung Galaxy Note 8 mula diberikan kepada pengguna di Perancis pada pertengahan bulan Mac. Penantian bagi pengguna di Malaysia berakhir kerana kemaskini sudah boleh dimuat turun pagi ini.Kemaskini ke Android Oreo di Malaysia mempunyai saiz muat turun sebesar 1.47 GB.

Dengan kemaskini ini peranti turut akan menerima antaramuka baru Samsung Experience 9.0 seperti Galaxy S9, menyokong fungsi picture in picture dan juga App Shortcut. Selain daripada itu pengguna turut boleh mengakses fungsi AOD baru yang menyokong paparan GIF beranimasi. Untuk memulakan proses kemaskini sila ke skrin Settings dan kemudian tatal ke bahagian Software Update.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami