BlackBerry Memfailkan Saman Keatas Snapchat Kerana Pelanggaran Paten

BlackBerry Memfailkan Saman Keatas Snapchat Kerana Pelanggaran Paten

Diterbitkan pada Apr 4, 2018 oleh .

BlackBerry pada bulan lepas telah memfailkan saman keatas pihak Facebook disebabkan pelanggaran paten permesejan yang dimiliki oleh mereka. Kini, pada bulan ini, BlackBerry dilihat memfailkan saman keatas syarikat disebalik Snapchat, iaitu Snap Inc.

BlackBerry mengatakan Snapchat melanggar sebanyak enam paten yang dimiliki oleh BlackBerry, termasuk antaranya adalah termasuk meliputi integrasi pemetaan pada peranti mudah-alih, selain teknik pengiklanan moden.

BlackBerry melalui pemfailan mereka turut mengatakan mereka telah cuba menyelesaikan perkara ini bersama pihak Snap untuk lebih setahun, dan kini telah mengambil langkah untuk menyelesaikannya di mahkamah untuk melindungi penggunaan hak cipta mereka, selain tidak merugikan para pelabur BlackBerry.

Buat masa ini, Snap tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan pemfailan saman ini.


TIPS & ULASAN