Asus Zenfone 4 Max Pro Dengan Bateri 5000mAh Kini Dikurangkan Harga Menjadi RM699

Asus Zenfone 4 Max Pro Dengan Bateri 5000mAh Kini Dikurangkan Harga Menjadi RM699

Diterbitkan pada Apr 4, 2018 oleh .

Asus Malaysia hari ini telah mengemaskini harga jualan untuk telefon pintar Asus Zenfone 4 Max Pro, sekaligus membolehkan para pengguna untuk mendapatkan telefon pintar dengan bateri berkapasiti tinggi ini pada harga RM699 – memperlihatkan potongan sebanyak RM200 berbanding sebelum ini.

Asus Zenfone 4 Max Pro

Asus Zenfone 4 Max Pro hadir dengan skrin 5.5-inci, dilengkapi cip Snapdragon 430, memori 3GB RAM dan ruangan storan 32GB. Ia turut dilengkapi dwi-kamera belakang, selain kamera hadapan 16-megapixel.

Menjadi fokus untuk telefon pintar ini adalah bateri berkapasiti 5000mAh untuk penggunaan masa yang sangat lama, selain turut boleh digunakan untuk tujuan pengecasan peranti lain.

Ia turut hadir dengan sistem operasi Android Nougat beserta antaramuka Asus ZenUI.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar ini daripada pengedar tempatan pada harga RM699 bermula hari ini.


TIPS & ULASAN