Google Search Kini Memudahkan Carian Masa Tayangan Filem Dan Lokasi Panggung Wayang

Google Search Kini Memudahkan Carian Masa Tayangan Filem Dan Lokasi Panggung Wayang

Diterbitkan pada Apr 4, 2018 oleh .

Aplikasi carian Google yang terbina dalam telefon pintar Android memudahkan pengguna untuk membuat carian dengan tanpa membuka pelayar web. Aplikasi ini juga mempunyai antaramuka cards yang memaparkan berita, carian terdahulu dan juga kandungan kegemaran pengguna.

Semalam, Google mengemaskini aplikasi ini untuk memudahkan pengguna membuat carian lokasi dan waktu filem ditayangkan.

Fungsi baru ini akan terpapar jika pengguna membuat carian “movies” atau “showtimes”. Google akan memaparkan butiran dalam bentuk cards dan pengguna boleh menapis lokasi wayang, masa tayangan, pengjelasan filem dan banyak lagi.

Buat masa ini fungsi ini hanya terdapat pada aplikasi Google untuk Android di USA dan India. Menurut Google, fungsi ini akan hadir untuk iOS pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN