ASUS Melancarkan Papan Induk Siri H370, B360 Dan H310 Untuk Cipset Intel Coffee Lake

ASUS Melancarkan Papan Induk Siri H370, B360 Dan H310 Untuk Cipset Intel Coffee Lake

Diterbitkan pada Apr 4, 2018 oleh .

Intel melancarkan keseluruhan siri CPU Intel Coffee Lake mereka semalam, dan dengan itu juga, papan induk selain daripada siri cipset Z370 dilihat akan masuk ke pasaran dunia.

ASUS mengumumkan bahawa mereka akan mula menjual papan induk siri H370, B360 dan H310 untuk CPU-CPU yang baru sahaja dikeluarkan ini untuk mereka yang ingin membina komputer baru tanpa perlu berbelanja terlalu banyak untuk komponen papan induk.

Papan-papan induk yang diumumkan hadir daripada siri Republic of Gamers, The Ultimate Force dan juga PRIME. Papan-papan induk ini hadir dengan ciri-ciri Intel yang terbaru, termasuklah sokongan untuk SSD PCIe, storan Intel Optane, USB 3.1 dan juga WiFi 802.11ac untuk sambungan internet tanpa wayar yang laju dan rendah sela masa.

Papan-papan induk yang dilancarkan oleh ASUS adalah seperti berikut:

  • ASUS ROG H370-F Gaming – RM699
  • ASUS TUF H370 Pro Gaming – RM605
  • ASUS Prime H370 Plus – RM530
  • ASUS ROG STRIX B360-H Gaming – RM599
  • ASUS TUF B360 Plus Gaming – RM475
  • ASUS Prime B360M-A – RM429

Menurut ASUS Malaysia, papan-papan induk ini sudahpun mula dijual di kedai-kedai komputer di seluruh Malaysia, selari dengan penjualan CPU Intel Coffee Lake yang baru diumumkan semalam.


TIPS & ULASAN