Carian
Google Sedang Menguji Penukaran Tab Chrome Secara Melintang Untuk Mod Potret
April 11, 2018 Fahim Zahar

Google kerap membuat ujian atas aplikasi pelayar web mereka Chrome. Sebelum ini mereka menguji fungsi duplex untuk peranti dengan skrin nisbah 18:9. Ujian-ujian ini memberi pengalaman yang berbeza kepada pengguna dan turut memudahkan mereka.

Terkini, Google dilihat sedang menguji penukaran tab secara melintang apabila peranti dalam mod potret. Sebelum ini, penukaran tab pada aplikasi pelayar web Chrome ini adalah secara menegak, baik peranti dalam keadaan melintang atau dalam mod potret.

Fungsi ini juga memudahkan penukaran tab jika peranti adalah dengan rekaan skrin memanjang. Ini kerana pengguna boleh terus menatal kiri ke kanan untuk menukar tab dan tidak perlu mencapai jari dari atas ke bawah seperti Chrome yang lama.

Fungsi ini mungkin akan hadir secara stabil pada Android P akan datang kerana recent apps pada Android P berkemungkinan menggunakan mod melintang yang serupa.

Komen