Huawei Mate RS Dilaporkan Menggunakan Skrin OLED Daripada LG

Huawei Mate RS Dilaporkan Menggunakan Skrin OLED Daripada LG

Diterbitkan pada Apr 4, 2018 oleh .

Skrin OLED yang dihasilkan LG terkenal pada peranti Pixel 2 XL. Selain daripada Pixel 2 XL, peranti Xiaomi turut menggunakan skrin OLED ini. Huawei Mate RS yang baru sahaja dilancarkan pada 27 Mac 2018 yang lepas, dan kini dilaporkan yang mana Mate RS ini turut menggunakan skrin OLED daripada LG ini.

Huawei Mate RS

Huawei Mate RS ini dibangunkan dengan kerjasama Porsche Design dan menawarkan storan bermula sehingga 512GB. Skrin OLED LG yang digunakan adalah 5.8 inci dengan resolusi 1440p dan juga mempunyai pengimbas cap jari terbina di dalam skrin. Tiada sebarang takuk yang hadir pada peranti ini.

Skrin OLED LG ini masih jauh ketinggalan berbanding skrin AMOLED oleh Samsung. Malahan LG sendiri melaporkan mereka mungkin akan masih menggunakan skrin LCD untuk LG G7 mereka. Penggunaan panel skrin OLED ini menawarkan pencahayaan yang baik, selain memudahkan pengguna menggunakannya dengan mudah pada pelbagai keadaan cahaya.

Di Malaysia, Huawei menyasarkan untuk menawarkan telefon pintar Huawei Mate RS ini sekitar bulan Mei kelak.


TIPS & ULASAN