Snapchat Kini Menambah Semula Sokongan GIF Dari GIPHY Setelah Kandungan Perkauman Dibuang

Snapchat Kini Menambah Semula Sokongan GIF Dari GIPHY Setelah Kandungan Perkauman Dibuang

Diterbitkan pada Apr 4, 2018 oleh .

Tidak lama dahulu, Instagram dan Snapchat dilihat membuang sokongan untuk menambahkan GIF dari GIPHY pada video-video mereka, kerana khuatir mengenai kandungan yang bersifat perkauman pada GIF-GIF tersebut.

Nampaknya Snapchat bekerjasama dengan GIPHY untuk menapis kandungan tersebut kerana syarikat perkongsian video tersebut baru sahaja mengumumkan bahawa mereka telahpun menambah semula sokongan GIF tersebut untuk pengguna-pengguna mereka.

Jurucakap Snapchat berkata bahawa mereka bekerjasama dengan GIPHY untuk memantau kandungan-kandungan GIF yang dimuat-naik ke laman tersebut, dan memastikan bahawa tiada kandungan perkauman hadir pada aplikasi tersebut.

Dengan pantauan kandungan baru ini, pihak GIPHY dikatakan akan memastikan bahawa tiada kandungan yang berbaur perkauman akan hadir di laman mereka, dan semua kandungan tersebut akan dipadamkan serta-merta.


TIPS & ULASAN