AORUS Mengemaskini Siri Laptop Gaming Mereka Dengan CPU Intel Coffee Lake Terbaru

AORUS Mengemaskini Siri Laptop Gaming Mereka Dengan CPU Intel Coffee Lake Terbaru

Diterbitkan pada Apr 4, 2018 oleh .

AORUS ialah jenama laptop gaming dibawah GIGABYTE, syarikat pembina komponen gaming yang terkemuka dari Taiwan. Jenama AORUS sebelum ini digunakan khusus untuk siri papan induk gaming mereka, dan kemudiannya dilanjutkan kepada siri laptop gaming.

Laptop-laptop yang menerima kemaskini ini termasuklah AORUS X9 DT, AORUS X7 DT V8 dan juga AORUS X5 V8. Kemaskini-kemaskini ini hadir dari segi komponen, termasuklah penggunaan CPU Intel Core i9-8950HK untuk model X9 DT dan CPU Intel Core i7-8850H.

Laptop-laptop X9 DT, X7 DT V8 dan X5 V8 juga akan menerima kemaskini paparan skrin. Sebelum ini, laptop-laptop ini hadir dengan paparan dengan kadar segar semula 120Hz, tetapi model-model baru ini dilihat akan hadir dengan kadar segar semula 140Hz yang lebih laju.

Dari segi grafik pula, model X9 DT dilihat akan menerima kemaskini kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080 dan tidak lagi dua kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1070 didalam konfigurasi SLI. Dalam pada itu, paparan laptop ini juga akan menerima sokongan NVIDIA GSYNC yang menyempurnakan lagi prestasi laptop ini.

Buat masa ini, AORUS masih belum mengumumkan lagi bilakah mereka akan mula menjual laptop ini, dan juga harganya.


TIPS & ULASAN