Apple Dilaporkan Sedang Membangunkan iPhone Dengan Skrin Melengkung

Apple Dilaporkan Sedang Membangunkan iPhone Dengan Skrin Melengkung

Diterbitkan pada Apr 4, 2018 oleh .

Apple sedia menawarkan beberapa generasi iPhone sehingga kini, tetapi kesemuanya hadir dengan rekaan skrin pipih – berbeza dengan pelbagai pengeluar peranti lain yang turut bereksperimen dan menawarkan rekaan skrin melengkung. Salah satunya adalah Samsung yang menawarkan rekaan skrin sedikit melengkung pada bahagian tepi pada telefon pintar mereka.

Terkini, ia dikatakan Apple turut sedang membangunkan rekaan skrin melengkung untuk digunakan pada iPhone.

Walaubagaimanapun, rekaannya adalah sedikit berbeza – dimana ia melengkung kedalam dari atas ke bawah secara berperingkat. Untuk tujuan berkenaan Apple dijangka menggunakan skrin OLED.

Apple dikatakan masih sedang pada peringkat membangunkan teknologi berkaitan, dan kita mungkin akan melihat iPhone dengan skrin melengkung sekitar dalam dua tiga tahun lagi.

Selain daripada rekaan skrin melengkung, pihak Apple turut dikatakan sedang menguji kaedah interaksi baru pada peranti mudah-alih tanpa menyentuh skrin, sekaligus menawarkan sejumlah gesture kawalan menarik pada peranti mudah-alih. Google sebelum ii mendemonstrasikan ciri lebih kurang sama melalui Project Soli.

Kesemua perkara ini masih pada peringkat awal pembangunan, dan sekiranya ia dikomersialkan, maka ia mungkin mengambil masa sekitar dua tiga tahun lagi.


TIPS & ULASAN