Nokia 7 Plus Bakal Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Nokia 7 Plus Bakal Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Apr 4, 2018 oleh .

Nokia pada bulan Februari lepas telah memperkenalkan beberapa telefon pintar mereka, dan salah satunya adalah Nokia 7 Plus. Kini, daripada laman Facebook rasmi Nokia Mobile, mereka memperlihatkan yang mana telefon pintar ini akan dilancarkan secara rasminya dalam tempoh terdekat ini untuk pasaran tempatan.

Nokia 7 Plus hadir dengan skrin 6-inci IPS LCD FHD+, dilengkapi cip Snapdragon 660, memori 4GB RAM, dan storan sebesar 64GB. Ia menggunakan dwi-kamera belakang dengan lensa Zeiss, selain kamera hadapan 16-megapixel. Melengkapkannya adalah bateri berkapasiti 3800mAh, dan sistem operasi Android One.

Harga jualan dan tarikh jualannya masih tidak diketahui lagi. Ia dijangka mungkin ditawarkan sekitar RM1799 untuk pasaran tempatan – atau mungkin lebih rendah lagi.


TIPS & ULASAN