OnePlus 6 Akan Turut Menyertakan Ciri Menyembunyikan Takuk Pada Skrin

OnePlus 6 Akan Turut Menyertakan Ciri Menyembunyikan Takuk Pada Skrin

Diterbitkan pada Apr 4, 2018 oleh .

OnePlus kini telah dalam proses awal mempromosikan telefon pintar akan datang mereka OnePlus 6. Sebelum ini, kita telah melihat OnePlus hadir dengan video acah, selain berkongsi beberapa info secara ringkas. Kini, menjawab pertanyaan pengguna, CEO OnePlus turut mengumumkan yang mana OnePlus 6 kelak akan menyertakan ciri menyembunyikan takuk pada skrin – seumpama pada Huawei P20.

OnePlus 6

Menurut CEO OnePlus, pada peringkat awal pemasaran, tiada ciri berkenaan yang akan disertakan. Namun, selepas ia mula dijual, pengguna akan ditawarkan kemaskini perisian yang menambah ciri berkenaan.

Penggunaan takuk pada skrin boleh dikatakan tidak diminati ramai pengguna – dan ada yang menganggapnya sebagai sedikit menganggu. Namun, dengan kebolehan memadankan latar berwarna hitam pada bahagian atas, ia sekaligus sedikit menyembunyikan takuk daripada penglihatan mata kasar – dan mungkin membuatkan ada yang mengemari peranti berkenaan.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi bilakah OnePlus 6 akan dilancarkan secara rasminya.


TIPS & ULASAN