BMW Menawarkan Perkhidmatan Langganan Kereta Dengan Yuran Bermula Dari RM 8000 Sebulan

BMW Menawarkan Perkhidmatan Langganan Kereta Dengan Yuran Bermula Dari RM 8000 Sebulan

Diterbitkan pada Apr 5, 2018 oleh .

Penghujung bulan lalu terdengar desas desus BMW akan menawarkan perkhidmatan langganan kereta bulanan di Nashville Amerika Syarikat. Mereka telah mula menawarkan perkhidmatan yang diberikan nama Access semalam dengan yuran bermula dari $2000 (~RM 7740) sebulan. Pelanggan diberikan pilihan menggunakan kereta  BMW X5, 4 Series dan 5 Series.

BMW 3-SeriesBagi yang lebih berada, dengan bayaran $3700 (~RM 14,311) sebulan pula mereka diberikan pilihan BWM M4, M5, M6, X5M dan X6M. Menerusi perkhidmatan ini kereta yang ditempah akan dihantar terus kepada pelanggan dengan tangki minyak yang penuh serta kenderaan yang baru dibersihkan. Yuran bulanan ini merangkumi kos bayaran insurans, penyelenggaraan dan bantuan kerosakan di jalan raya. Pelanggan juga bebas menukar kenderaan beberapa kali dalam sebulan tanpa had.

Idea melanggan kenderaan mungkin dilihat sebagai gila dan di luar kotak. Tetapi suatu ketika dahulu idea melanggan kepada penstriman muzik, filem, siri TV dan storan awan juga dinggap gila. Adakah di masa hadapan pemilikan kenderaan peribadi bakal pupus? Apa pula pendapat anda?


TIPS & ULASAN