Cari @ Amanz

Oppo F7 akan dilancarkan di Malaysia pada bulan ini dan setakat ini ada beberapa maklumat mengenai spesifikasinya telah diketahui. Ia akan menggunakan skrin bertakuk seperti Vivo V9 dan OnePlus 6. Kemampuan kamera swafotonya pula dipercayai sekitar 25-Megapixel.

Hari ini pihak Oppo mengesahkan ia bakal hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Solar Red, Moonlight Silver dan Diamond Black. Pilihan warna kemasan Diamond Black mungkin paling menarik dengan terdapat rekaan geometri pada bahagian belakang. Kali terakhir kemasan seperti ini digunakan pada peranti Oppo ialah dengan Oppo R1X yang dilancarkan pada tahun 2015.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd