MyCar – Satu Lagi Perkhidmatan Tempahan Pengangkutan Ke Destinasi

MyCar – Satu Lagi Perkhidmatan Tempahan Pengangkutan Ke Destinasi

Diterbitkan pada Apr 5, 2018 oleh .

Ramai sedia maklum yang mana Uber akan menghentikan operasi di Malaysia, dan hanya Grab akan memegang pasaran selepas ini. Kini, selain daripada Grab, satu lagi perkhidmatan baru dilancarkan untuk pengguna tempatan, dinamakan sebagai MyCar.

MyCar telah beroperasi sejak 1 Februari yang lepas, tetapi baru sahaja dilancarkan secara rasminya. Menurut pihak MyCar, sudah terdapat sekitar 57,000 pemandu berdaftar dengan aplikasi MyCar sehingga kini, dan sekitar 5000 pengguna telah menggunakan perkhidmatan mereka.

MyCar

MyCar beroperasi lebih kurang sama seperti Grab atau Uber, dimana pengguna boleh memilih jenis kenderaan, memasukkan destinasi, dan seterusnya membuat tempahan menggunakannya. MyCar turut hadir dengan sokongan pembayaran nirtunai melaluinya.

Bagi anda yang ingin mencuba, boleh memuat-turun aplikasi MyCar hari ini, dan menggunakannya dalam membuat tempahan pengangkutan ke destinasi. Buat masa ini, MyCar lebih dilihat memfokuskan pengguna sekitar Lembah Klang, dan dijangka diperluaskan secara berperingkat ke lokasi lain.

Muat-Turun MyCar untuk Android

Muat-Turun MyCar untuk iPhone


TIPS & ULASAN