ASUS Memperkenalkan ASUS ROG Huracan G21 – Komputer Gaming Padat Dengan Spesifikasi Berkuasa

ASUS Memperkenalkan ASUS ROG Huracan G21 – Komputer Gaming Padat Dengan Spesifikasi Berkuasa

Diterbitkan pada Apr 5, 2018 oleh .

Selain daripada pelancaran laptop-laptop baru tempoh hari, ASUS juga dilihat memperkenalkan komputer padat terbaru mereka yang dinamakan ASUS ROG Huracan G21.

Dari segi spesifikasi, ASUS ROG Huracan G21 ini hadir dengan CPU Intel Core i7 Coffee Lake, memori DDR4 sebesar 32GB, manakala dari segi storan, pengguna mempunyai pilihan untuk menggunakan storan SSD M.2 NVMe sebesar 512GB, storan cakera keras sebesar 2TB dan juga memori Intel Optane yang mempercepatkan kadar penghantaran data cakera keras tersebut.

Ini bukanlah kali pertama ASUS hadir dengan komputer gaming padat, tetapi pada kali ini, komputer ASUS Huracan ini dibina dengan kemudahan untuk mengubahsuai komponen-komponen dengan senang. Ia mempunyai panel tepi magnetik yang boleh dibuka tanpa perlu risau mengenai skru, dulang SSD, dan ruang yang cukup untuk anda menaiktaraf komponen-komponen seperti memori dan kad grafik juga.

Bagi mereka yang meminati lampu LED RGB pada komputer mereka, komputer padat ini juga hadir dengan sistem nyalaan RGB Aura Sync yang boleh diselarikan dengan aksesori-aksesori gaming lain seperti tetikus, papan kekunci dan sebagainya.

Pihak ASUS mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan ASUS ROG Huracan G21 ini pada suku kedua tahun ini, tetapi buat masa ini mereka masih belum mengumumkan harga komputer ini.


TIPS & ULASAN