Vivo Y71 Dengan Skrin 18:9 Akan Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM799

Vivo Y71 Dengan Skrin 18:9 Akan Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM799

Diterbitkan pada Apr 5, 2018 oleh .

Vivo Malaysia kini telah mengumumkan penawaran Vivo Y71 untuk pasaran tempatan. Ia boleh dipra-tempah melalui Shopee bermula 6 April hingga 9 April 2018 ini.

Vivo Y71

Vivo Y71 ini hadir dengan skrin 5.99-inci pada resolusi 1440×720 pixel dengan nisbah 18:9, dijana menggunakan cip Snapdragon, memori 3GB RAM dan ruangan storan 16GB.

Ia turut menggunakan kamera belakang 13-megapixel dan juga kamera hadapan 5-megapixel.

Secara kasar, ia dilihat sebagai penawaran peranti berspesifikasi rendah-pertengahan daripada Vivo dengan rekaan skrin nisbah 18:9 yang semakin popular akhir-akhir ini.

Vivo menawarkannya di Malaysia pada harga RM799, dan akan ditawarkan dalam pilihan warna hitam dan emas.


TIPS & ULASAN