Rekaan Motorola G6 telah tertiris sejak bulan Januari yang lalu. Kini tarikh pelancarannya telah diketahui dan jatuh pada 19 April hadapan selepas jemputan mula diberikan kepada media. Acara pelancaran pula akan berlangsung di Sao Paolo, Brazil. Tiga model dipercayai akan dilancarkan iaitu Motorola Moto G6, G6 Plus dan G6 Play
Ketiga-tiga peranti Moto G6 akan menggunakan skrin dengan rekaan skrin 18:9. Dari segi spesifikasi, Moto G6 dikatakan bakal menggunakan Snapdragon 450, bateri 3000mAh, dan skrin bersaiz 5.7-inci.
Moto G6 Plus pula dijangka menggunakan Snapdragon 630, bateri 3200mAh dan skrin bersaiz 5.93-inci. Akhir sekali Moto G6 Play dijangka menggunakan bateri berkapasiti 4000mAh. Kedua-dua Moto G6 dan G6 Plus akan dilengkapi sistem dwi-kamera di belakang, selain menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian dagu.