Kamera Nircermin Sony A7 III Akan Tiba Di Pasaran Malaysia Pada Bulan Ini – Bermula Pada Harga RM8999

Kamera Nircermin Sony A7 III Akan Tiba Di Pasaran Malaysia Pada Bulan Ini – Bermula Pada Harga RM8999

Diterbitkan pada Apr 5, 2018 oleh .

Pada bulan lalu, Sony mengumumkan kehadiran kamera nircermin terbaru mereka, Sony A7 III untuk pasaran dunia, dan pada bulan lalu, pihak Sony Malaysia juga mengumumkan bahawa mereka yang berminat untuk membeli kamera ini boleh menempahnya dengan awal.

Hari ini, Sony Malaysia dilihat melancarkan kamera Sony A7 III ini untuk pasaran Malaysia, dan ia akan mula dijual pada harga RM8999 untuk badan kamera sahaja.

Kamera Sony A7 III ini hadir dengan spesifikasi yang cukup berkuasa sekali, termasuklah sensor 24.2MP dan cip pemprosesan imej BIONZ-X yang terbaru yang 1.8 kali lebih pantas daripada cip pemprosesan sebelum ini. Ia juga hadir dengan sistem autofokus dengan 693 titik pemfokusan yang sama dengan kamera Sony A9 dan menyokong penggunaan lensa E-mount dari Sony.

Dengan spesifikasi-spesifikasi ini kamera ini boleh mengambil gambar sepantas 10 bingkai sesaat, dan hadir dengan kemampuan untuk merakam video 4K dengan sokongan warna High Dynamic Range.

Dalam pada itu, kamera A7 III ini juga dilengkapi dengan sistem bateri baru yang dinamakan Z Series yang menjanjikan jangkahayat kamera yang lebih panjang berbanding sebelum ini.

Sony A7 III ini juga hadir dengan tiga jenis sistem autofokus, termasuklah phase-detection AF yang hadir dengan 693 titik fokus, Contrast AF yang hadir dengan 425 titik fokus dan juga Eye AF yang cukup berguna untuk situasi-situasi dimana subjek sedang bergerak dengan cepat, melihat kebawah, terhalang oleh objek lain dan sebagainya.

Kamera ini juga hadir dengan dua slot untuk kad SD, port USB-C dan HDMI, dan juga sambungan tanpa-wayar WiFi, Bluetooth dan juga NFC. Dari segi paparan pula, Sony A7 III ini hadir dengan skrin quad-VGA OLED dan juga sokongan untuk profil gamut warna Hybrid Log Gamma, S-Log2 dan S-Log3 untuk memudahkan penggredan warna video yang dirakam dengan kamera ini.

Menurut Sony Malaysia lagi kamera ini bakal hadir di pasaran pada bulan April ini, dan selain daripada kamera ini, mereka juga akan membawa masuk lensa full frame Sony SEL 2870 28-70mm.


TIPS & ULASAN