Carian
Pencarian Angkasawan Kedua Negara Dijangka Bermula Pada Bulan September Kelak
April 5, 2018 Aman

Pada 2007 yang lepas, kita telah menyaksikan Dr Sheikh Muszaphar menjadi angkasawan pertama negara yang ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), dan membuat beberapa kajian disana. Kini, bercakap mengenainya lagi, ia dikatakan yang mana pencarian angkasawan negara kedua bakal dimulakan pada September kelak.

Program pencarian ini akan bermula daripada UKM, dan diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat. Langkah ini adalah selari dengan perancangan untuk menghantar seorang lagi angkasawan negara menjelang 2030 kelak.

Seperti biasa, calon akan diperlukan untuk melalui pelbagai ujian mental, fizikal dan juga pskilogi. Ribuan peserta dijangka akan menyertainya.

Sebelum ini, Dr Shiekh Muszaphar terpilih daripada 11,275 calon lain yang turut berhasrat untuk menjadi angkasawan pertama negara.

Komen