Tiga hari yang lalu pelbagai peranti Honor ditawarkan dengan potongan harga yang menarik sempena penjualannya di kedai atas talian Lazada. Bagi mereka terlepas promosi menarik ini, peluang kedua boleh direbut sempena ulang tahun ke-empat Honor pada 9 April ini.
Pada hari tersebut Honor View 10, 9 Pro, 9 Lite, 7X dan 6A Pro kesemuanya akan menerima potongan harga. Tetapi kali ini pembelian boleh dilakukan di VMall, Shopee, Lazada dan 11Street pada waktu-waktu tertentu. Tawaran ini walaubagaimanapun hanya akan diberikan pada 9 April sahaja.
- Honor View 10 – RM1899
- Honor 8 Pro – RM1499
- Honor 7X – RM888
- Honor 9 Lite – RM699
- Honor 6A Pro – RM588