Cari @ Amanz

Nokia 7 Plus Dan Nokia 1 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 10 April

Oleh Aman

Link Copied!

Nokia Mobile Malaysia hari ini telah mula menghantar jemputan media untuk acara pelancaran Nokia 7 Plus dan juga Nokia 1 yang dijadualkan pada 10 April 2018 kelak.

Nokia 1 adalah peranti mampu-milik berasaskan Android Go, hadir dengan skrin 4.5-inci IPS, cip MediaTek MT6737M, memori 1GB RAM, dan storan 8GB. Ia turut menyertakan kamera belakang 5-megapixel, dan kamera hadapan 2-megapixel.

Nokia 7 Plus pula hadir dengan sistem Android One, menggunakan skrin 6-inci IPS LCD FHD+, cip Snapdragon 660, memori 4GB RAM, dan storan 64GB. Ia turut menggunakan dwi-kamera Zeiss di belakang, dan kamera hadapan 16-megapixel.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai harga jualan tempatannya, selain tarikh ia akan mula dijual pada 10 April kelak.


Komen ()