Cari @ Amanz

Di dalam dunia penstriman, kandungan akan memastikan kejayaan sesebuah perkhidmatan. Hari ini iFlix telah mengumumkan kerjasama dengan syarikat Reliance Entertainment untuk kandungan berbahasa Hindi. Kerjasama ini akan berlangsung selama tiga tahun.

Dengan ini filem-filem Hindi seperti Holiday, Bodyguard, Singham, Zanjeer dan Bluffmaster dapat ditonton oleh pelanggan iFlix di seluruh Asia. Di India Reliance Entertainment mempunyai perkhidmatan penstriman mereka sendiri iaitu BIGFlix sejak 2008. Kesemua kandungan Reliance Entertainment boleh diakses pengguna iFlix sekarang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd