Alibaba Dilaporkan Bakal Melabur Ke Dalam Grab

Alibaba Dilaporkan Bakal Melabur Ke Dalam Grab

Diterbitkan pada Apr 5, 2018 oleh .

Pasaran perkhidmatan tempahan pengangkutan di Asia Tenggara kini di dalam genggaman Grab selepas ia mengambil alih perniagaan Uber di rantau ini dua minggu yang lalu. Pegangan mereka dilihat akan semakin teguh dan syarikat ini diberikan penilaian mencecah $6 bilion.

GrabCar Johor

Menurut laporan TechCrunch, Alibaba kini di dalam perbincangan awal untuk melabur ke dalam Grab. Perbincangan dipercayai pernah dilakukan tahun lalu tetapi persetujuan tidak dicapai.

Pelaburan ini dilihat sebagai langkah Alibaba untuk memasuki arena tempahan kenderaan di Asia Tenggara. Pesaing terdekat mereka Tencent telah melakukan pelaburan ke dalam Go-Jek yang mempunyai perancangan untuk mengembangkan operasi mereka di rantau ini. Disamping itu, ia juga akan membolehkan Ant Financial mengukuhkan kedudukan mereka lagi dirantau ini melalui Grab Pay.


TIPS & ULASAN