Pemproses Exynos 9820 Sedang Dibangunkan Oleh Samsung

Pemproses Exynos 9820 Sedang Dibangunkan Oleh Samsung

Diterbitkan pada Apr 5, 2018 oleh .

Samsung biasanya menggunakan cip pemproses Exynos buatan mereka sendiri untuk beberapa pasaran dunia sebagai alternatif kepada cip Snapdragon. Samsung Galaxy S9 dan S9+ yang dilancarkan pada acara MWC 2018 menggunakan cip pemproses Exynos 9810 dan juga cip pemproses Snapdragon 845.

Samsung Exynos 9810

Kini menurut SamMobile, Samsung sedang dalam proses membangunkan cip pemproses kelas utama mereka yang terbaru iaitu Exynos 9820. Cip ini berkemungkinan mampu mencecah kelajuan sehinnga 3GHz dan juga sokongan 5G. Cip ini juga dijangka mempunyai GPU yang lebih berkuasa serta digunakan pada “Galaxy S10” kelak

Seperti yang dilaporkan pada tahun lepas, Samsung mungkin akan memperkenalkan cip pemproses dengan saiz 7nm untuk cip terbaru mereka. Akan tetapi, menurut SamMobile Samsung belum bersedia menghasilkan cip saiz 7nm sehingga awal tahun 2019.

Maklumat lain mengenai butiran cip Exynos 9820 ini mungkin akan dilihat selepas pelancaran Galaxy Note 9 pada bulan Julai ini.


TIPS & ULASAN