Cari @ Amanz

Empat tahun yang lalu, OnePlus pernah bekerjasama dengan JBL untuk melancarkan OnePlus One JBL Edition. Kemudian mereka melancarkan OnePlus Silver Bullets dan kemudiannya OnePlus Bullets v2 iaitu set fon telinga berkualiti pada harga kurang RM90. OnePlus juga mempunyai set fon telinga premium yang berharga RM235, iaitu OnePlus Icons. Set fon telinga ini dikatakan lebih baik daripada set fon telinga berharga RM1400.

Baru-baru ini tersenarai di laman pensijilan Bluetooth, OnePlus dilihat mendaftarkan set fon telinga Bluetooth OnePlus Bullets Wireless. Set fon telinga tanpa wayar OnePlus ini dilihat menggunakan teknologi daripada Qualcomm.

Walaupun OnePlus dikatakan masih mengekalkan bicu audio, mereka turut mahu menyertai arena aksesori audio tanpa wayar. Jika set fon telinga OnePlus sebelum ini mempunyai harga yang berpatutan, kita mungkin akan melihat set fon telinga ini ditawarkan pada harga yang hampir sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd