Cari @ Amanz

Pada 1 April, Cloudflare telah memperkenalkan DNS 1.1.1.1 yang memfokuskan privasi dan kepantasan secara percuma. Kini seorang pembangun telah memperkenalkan modul Magisk untuk pemasangan DNS 1.1.1.1 ini terus ke sistem Android.

1.1.1.1

Ikuti langkah mudah di bawah untuk pemasangan DNS baru ini.

  1. Pastikan peranti anda sudah mempunyai akses root dan mempunyai mod recovery TWRP.
  2. Muat turun fail modul DNS Magisk di sini.
  3. Masuk ke mod recovery TWRP dan pilih Install.
  4. Cari modul DNS tadi dan pilih.
  5. Masuk semula ke peranti anda dan nikmati sekuriti dan kepantasan ekstra.

Selain cara di atas, anda turut boleh memasang modul ini secara terus melalui aplikasi Magisk sendiri. Selepas memasang modul ini anda boleh menikmati pengalaman melayari web lebih pantas dan lebih selamat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd