Pekerja Google Membantah Peranan Google Didalam Projek Pengesanan Gambar AI Pentagon

Pekerja Google Membantah Peranan Google Didalam Projek Pengesanan Gambar AI Pentagon

Diterbitkan pada Apr 5, 2018 oleh .

Google baru-baru ini dilihat bekerjasama dengan pihak Pentagon untuk membina sebuah sistem pengecaman muka yang bernama Project Maven yang akan memperbaiki lagi sistem sasaran dron tentera Amerika Syarikat, yang dilihat akan digunakan untuk tujuan ketenteraan.

Para pekerja di Google dikatakan sudahpun hadir dengan memo dalaman yang membantah kerjasama Google dan Pentagon, dan melalui laporan New York Times, nampaknya sejumlah 3100 pekerja di Google sudahpun menandatangani memo tersebut.

Google menyatakan bahawa penglibatan mereka didalam Project Maven ini hanyalah untuk memperbaiki sistem pengecaman wajah mereka, dan bukan untuk tujuan membina sebuah sistem senjata. Akan tetapi, pihak Google juga tidak hadir dengan sebarang kenyataan lanjut mengenai topik ini, dan ini merisaukan para pekerja syarikat tersebut.

Akan tetapi, Google bukan satu-satunya syarikat yang bekerja untuk kerajaan Amerika Syarikat untuk membina sistem pertahanan untuknya. Syarikat-syarikat seperti Amazon dilihat bekerja dengan US Department of Defense untuk memperbaiki sistem pengecaman wajah mereka, manakala Microsoft pula baru-baru ini mendapat kontrak untuk mengendali maklumat dan data rahsia untuk semua cabang ketenteraan dan keselamatan Amerika Syarikat.


TIPS & ULASAN