Cari @ Amanz

MagSafe ialah sistem sambungan magnetik yang cukup sinonim dengan komputer riba MacBook suatu ketika dahulu. Kerana ia bersambung menggunakan magnet, ia akan terputus dengan mudah sekiranya wayar tersentak dengan pantas. Ini mengelakkan komputer riba dari turut tertarik sehingga terjatuh dan mengakibatkan kerosakan yang teruk.

Ia tidak lagi disertakan pada MacBook kerana Apple sudah berubah ke sambungan menggunakan USB-C. Teknologi seakan MagSafe kini digunakan pada palam elektrik pula. Tug ialah hasil rekaan sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Ia terdiri daripada dua komponen. Satu disambungkan kepada palam dinding dan satu lagi pada wayar peralatan elektrik. Sambungan akan terputus jika wayar disentak pantas. Pra-pesan untuk Tug telah dibuka dan ia boleh dimiliki pada harga sekitar $20 (~RM 77) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd