Shopee Menawarkan Penghantaran Segera Dan JBL Flip 3 Bersama Pembelian Huawei P20 Dan P20 Pro

Shopee Menawarkan Penghantaran Segera Dan JBL Flip 3 Bersama Pembelian Huawei P20 Dan P20 Pro

Diterbitkan pada Apr 6, 2018 oleh .

Huawei Malaysia telah pun melancarkan telefon pintar Huawei P20 dan Huawei P20 Pro pada awal minggu ini. Menariknya, pengguna yang membuat pra-tempahan akan mula menerima peranti berkenaan bermula daripada hari ini.

Huawei P20

Kini, selari dengannya, pihak Shopee turut menyediakan beberapa ganjaran menarik untuk pengguna yang membuat pra-tempahan terus melalui platform mereka.

Bagi anda yang membeli Huawei P20 dan Huawei P20 Pro melalui Shopee, anda akan menerima JBL Flip 3 secara percuma, selain kad ganjaran Huawei VIP. Shopee menawarkan promosi khusus ini hanya untuk pembelian sehingga 7 April 2018 ini.

Disamping itu, bagi pengguna yang membuat tempahan sebelum 8.30 pagi ini (6 April), anda turut akan menerima peranti anda segera pada hari sama. Tetapi promosi ini terhad untuk pengguna di Lembah Klang (tidak termasuk Rawang, Banting dan Kuala Selangor).

Beli : Huawei P20 di Shopee

Beli : Huawei P20 Pro di Shopee


TIPS & ULASAN