Razer Melancarkan Kedai Permainan Digital Mereka Tersendiri – Razer Game Store

Razer Melancarkan Kedai Permainan Digital Mereka Tersendiri – Razer Game Store

Diterbitkan pada Apr 6, 2018 oleh .

Pada hari ini, terdapat beberapa kedai permainan digital yang membolehkan anda membeli pelbagai permainan PC dengan mudah. Antara yang popular adalah termasuk Steam dan juga Humble Bundle. Kini, turut menyertai arena sama adalah Razer.

Razer Game Store

Dinamakan sebagai Razer Game Store, ia menawarkan sejumlah permainan menarik melaluinya. Bersempena pelancaran hari ini juga, Razer menawarkan diskaun untuk sejumlah permainan popular melalui kedai digital mereka.

Seperti Humble Bundle, pemain yang membeli permainan melalui Razer Game Store akan menerima sebuah kod khusus untuk ditebus melalui Steam atau Uplay.

Dengan penyertaan Razer dalam penjualan permainan digital ini, ia sekaligus menawarkan lebih pilihan untuk para pemain PC seluruh dunia.

Layari : Razer Game Store


TIPS & ULASAN