Google Tidak Lagi Meletakkan Had 100 Kali Pemasangan GApps Pada Peranti Yang Tidak Bertauliah

Google Tidak Lagi Meletakkan Had 100 Kali Pemasangan GApps Pada Peranti Yang Tidak Bertauliah

Diterbitkan pada Apr 6, 2018 oleh .

Bagi memaksa pengeluar melalui proses Google Certified, Google mula menghalang log masuk aplikasi GApps mereka pada peranti-peranti yang tidak bertauliah pada bulan lalu. Tindakan Google ini membawakan kerisauan kepada pengguna dan pembangun Custom ROM kerana had 100 kali pemasangan GApps diletakkan untuk setiap peranti untuk setiap akaun pengguna.

Pihak Google mendengar rungutan pengguna dan tidak lagi meletakkan had 100 kali pemasangan. Mereka juga telah mengemaskini laman pendaftaran peranti yang tidak bertauliah bagi memudahkan pengguna Custom ROM dan pembangun aplikasi untuk mendaftarkan peranti mereka. Kerisauan akses kepada GApps dihalang kini tidak lagi wujud dan pengguna Custom ROM khususnya pasti menghela nafas lega.


TIPS & ULASAN