Radiasi Telefon Selular Disahkan Menyebabkan Kanser Jantung Pada Tikus

Radiasi Telefon Selular Disahkan Menyebabkan Kanser Jantung Pada Tikus

Diterbitkan pada Apr 6, 2018 oleh .

Adakah radiasi dari telefon selular menyebabkan kanser pada manusia? Ini ialah legenda urban yang telah kami dengari sejak telefon selular mula digunakan secara meluas pada penghujung 90an. Terdapat teori konspirasi yang mengatakan ini adalah benar tetapi ia dirahsiakan oleh golongan tertentu. Tiada kajian saintifik yang mengesahkannya tetapi yang pasti kini terdapat kaitan pendedahan kepada radiasi frekuensi radio (RFR) dengan kanser jantung pada tikus makmal.

Menara TelekomunikasiDi dalam laporan yang dikeluarkan oleh National Toxicology Program Amerika Syarikat, tumor muncul pada saraf jantung tikus jantan yang terdedah kepada RFR. Tumor tidak muncul pada tikus betina dan anak tikur. Data laporan ini telah menjalani proses penilaian sejawat oleh ahli toksikologi, ahli bio-statistk serta ahli patologi jantung serta otak. Kesemua mendapati terdapat “beberapa bukti” adan “bukti yang jelas” kaitan kemunculan tumor dengan pendedahan kepada RFR.

Jadi haruskan kita risau dengan laporan ini? Jawapannya mungkin tidak. Seperti kami pernah laporan di beberapa artikel sains sebelum ini, penemuan pada tikus makmal tidak semestinya boleh digunapakai pada manusia. Ini adalah sebab mengapa vaksin kanser yang berjaya memulihkan 87% tikus makmal akan memulakan ujian klinikal manusia tahun ini.


TIPS & ULASAN