Penghasilan Alat Ganti Untuk Proton Wira Telah Dihentikan

Penghasilan Alat Ganti Untuk Proton Wira Telah Dihentikan

Diterbitkan pada Apr 6, 2018 oleh .

Proton Wira ialah kenderaan yang mempunyai tempat yang istimewa di hati kami kerana ia kereta yang digunakan semasa di kolej hampir dua puluh tahun yang lalu. Ia amat popular kerana dengan mudah boleh diubah suai untuk kelihatan seperti sebuah Mitsubishi Evolution sekaligus menghasilkan Wiralution. Bagi pemilik Wira, anda mungkin perlu berfikir untuk membeli kenderaan baru kerana alat gantinya tidak lagi akan dihasilkan.

Menurut laporan The Star, Proton dan pengeluar komponen mereka telahpun menghentikan pengeluaran alat ganti untuk kereta ini. Ini adalah kerana sudah sedekad kenderaan baru tidak dikilangkan. Ia pertama kali dipasarkan pada Jun 1993, hampir suku abad yang lalu.

Kesemua alat ganti di pasaran adalah yang terakhir dihasilkan. Alternatif kepada pemilik ialah mencari alat ganti menerusi kedai potong. Alat ganti Mitsubishi Lancer boleh digunakan tetapi alat ganti kereta ini juga sudah dihentikan di Jepun.


TIPS & ULASAN