Cari @ Amanz

Facebook boleh dikatakan agak berjaya dengan kandungan berbentuk Stories pada Instagram dan juga WhatsApp. Namun, pada platform Facebook sendiri, ciri Facebook Stories boleh dikatakan agak kurang popular.

Facebook Stories

Untuk mengatasinya, pihak Facebook sebelum ini telah memperkenalkan ciri berkongsi dari Instagram Stories ke Facebook Stories. Selain daripadanya, kini Facebook turut dilihat berkongsi paparan thumb bersaiz lebih besar untuk Facebook Stories pada bahagian atas aplikasi.

Dengan paparan bersaiz lebih besar ini, ia mungkin secara tidak langsung akan menarik lebih ramai menerbitkan Facebook Stories, sekaligus menjadikan perkongsian gambar dan video yang hilang selepas tempoh 24 jam popular di laman sosial berkenaan.

Apa pun, buat masa ini, ia masih pada peringkat ujian sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan diperluaskan kepada semua ataupun sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd