Komputer Riba MSI Dengan Cip Intel Core i9, Kini Boleh Dipra-tempah Di Malaysia
MSI

Komputer Riba MSI Dengan Cip Intel Core i9, Kini Boleh Dipra-tempah Di Malaysia

Diterbitkan pada Apr 6, 2018 oleh .

Beberapa hari lalu, bersempena pengumuman kehadiran CPU Intel generasi kelapan Coffee Lake-H, pelbagai jenama pembuat komputer dan laptop dilihat hadir dengan pengumuman laptop-laptop mereka masing-masing, MSI diantara jenama-jenama tersebut, dan mereka telahpun mengumumkan kehadiran tiga buah laptop baru dengan CPU ini.

Laptop-laptop tersebut termasuklah MSI GE63 Raider RGB, MSI GS65 Stealth Thin dan juga MSI GT75 Titan, yang dikuasakan oleh CPU Intel Core i7 8750H dan juga Intel Core i9-8950HK selain daripada GPU-GPU yang berkuasa seperti NVIDIA GeForce GTX 1070 dan NVIDIA GeForce GTX 1080.

Menurut MSI Malaysia, pra-tempah untuk laptop-laptop ini akan dibuka bermula hari ini, 6 April 2018 melalui kedai atas talian 11Street dan juga Lazada sehingga 15 April 2018. Pra-tempah untuk laptop MSI GT75 Titan boleh dibuat di 11Street, dan bagi mereka yang berminat untuk membeli laptop GE63 Raider RGB boleh menampah laptop tersebut di Lazada.

Setiap pra-tempah untuk laptop MSI GT75 Titan akan juga hadir dengan fon kepala MSI Siberia 200, manakala mereka yang menempah laptop MSI GE63 Raider RGB akan mendapat patung naga MSI yang sangat terhad.

Untuk laptop MSI GS65 Stealth Thin pula, pihak MSI Malaysia mengatakan bahawa ia tidak akan hadir dengan sebarang pra-tempah, tetapi mereka akan mengumumkan kehadiran laptop tersebut selepas 16 April kelak.


TIPS & ULASAN