Aplikasi Grab Sekali Lagi Mengalami Masalah Teknikal – Kali Kedua Pada Minggu Ini

Aplikasi Grab Sekali Lagi Mengalami Masalah Teknikal – Kali Kedua Pada Minggu Ini

Diterbitkan pada Apr 6, 2018 oleh .

Aplikasi Grab kini dilihat sekali lagi mengalami gangguan teknikal, membuatkan sejumlah pengguna menghadapi masalah untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Disamping itu, pada masa yang sama, pemandu Grab juga turut menghadapi masalah dalam menjana pendapatan disebabkan oleh masalah teknikal ini.

Pihak Grab melalui akaun sosial mengatakan yang mana mereka sedang berusaha mengatasi masalah berkenaan secepat mungkin, dan meminta maaf disebabkan oleh masalah teknikal berkenaan. Sebelum ini, beberapa hari lepas Grab turut mengalami masalah teknikal yang menyukarkan pengguna mengakses aplikasi mereka untuk tempoh sekitar 3 jam lamanya.

Masalah teknikal ini hadir diambang Uber ingin menghentikan penawaran mereka di rantau Asia Tenggara, iaitu pada 8 April ini.


TIPS & ULASAN