Paparan Skrin BenQ EW3270U Dilancarkan – Skrin 31.5 Inci Pada Resolusi 4K Dan Sokongan AMD FreeSync

Paparan Skrin BenQ EW3270U Dilancarkan – Skrin 31.5 Inci Pada Resolusi 4K Dan Sokongan AMD FreeSync

Diterbitkan pada Apr 6, 2018 oleh .

Paparan skrin beresolusi 4K nampaknya semakin rancak dilancarkan oleh syarikat-syarikat pembuat paparan, dan BenQ tidak terkecuali daripada trend ini.

Terkini, BenQ dilihat mengumumkan pelancaran paparan skrin BenQ EW3270U, sebuah paparan skrin bersaiz 31.5 inci yang hadir dengan resolusi paparan 4K dan hadir dengan sokongan untuk teknologi paparan AMD FreeSync.

Paparan ini menggunakan panel VA (Vertical Alignment) dan mempunyai spesifikasi seperti kecerahan 300  cd/m², ratio kontras 3000:1 dan juga hadir dengan teknologi mereka sendiri yang dinamakan Brightness Intelligence Plus yang dikatakan mengurangkan jurang kontras diantara kawasan terang dan gelap.

Dari segi input pula, paparan BenQ EW3270U ini menggunakan satu DisplayPort, dua port HDMI 2.0, satu port USB 3.1 Type-C dan satu port audio 3.5mm.

Buat masa ini, BenQ masih belum mengumumkan bilakah paparan ini akan mula dijual, tetapi telah menetapkan harga pra-tempah pada $699 (RM2800).


TIPS & ULASAN