Cari @ Amanz

Black Shark adalah peranti yang mensasarkan peminat permua tegar pertama oleh Xiaomi. Peranti dari anak syarikat Xiaomi ini akan bersaing dengan Razer Phone di dapat pasaran niche yang masih lagi baru. Imej acah untuk Black Shark sudah dikongsi pada laman rasmi Weibo mereka dan menunjukkan rekaan bahagian hadapan.

Dari apa yang boleh dilihat nampaknya Black Shark akan mempunyai skrin yang sisi melengkung secara menyeluruh. Ia mengingatkan kami kepada Honor Magic yang dilancarkan beberapa tahun yang lalu. Peranti ini akan dilancarkan pada 13 April hadapan dengan dijana pemproses Snapdragon 845 serta dipercayai bakal dilengkapi 8GB RAM dan skrin 120Hz. Sama-sama kita menantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd