LG V30+ Bakal Dipasarkan Di Malaysia Mulai Minggu Hadapan – Berharga RM3199
Aman
LG boleh dikatakan agak lambat sedikit untuk membawa masuk peranti mereka untuk pasaran tempatan. Tetapi, mereka masih tidak melupakan pengguna tempatan, dan kini dilihat akan mula memasarkan LG V30+ di Malaysia tidak lama lagi.

LG V30+ hadir dengan skrin 6-inci QHD+ OLED, cip Snapdragon 835, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 128GB. Ia turut hadir dengan dwi-kamera belakang 16MP + 13MP, dan kamera hadapan 5-megapixel. Menjana peranti ini juga adalah bateri berkapasiti 3300mAh. LG V30+ juga turut hadir dengan sokongan audio yang baik melalui Hi-Fi Quad DAC pada telefon pintar ini.
Di Malaysia, ia dijangka ditawarkan bermula 11 April kelak, dan dijual pada harga RM3199.
Dikemaskini : Harga yang dilabelkan telah ditukar oleh penjual kepada RM3199 berbanding harga asal yang disenaraikan sebagai RM3099.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.