Cari @ Amanz

Doogee merupakan salah satu pengeluar peranti dari China yang sebelum ini telah hadir dengan beberapa peranti dengan rekaan unik serta ditawarkan pada harga yang sangat rendah.

Terkini, Doogee dilihat sedang dalam persiapan untuk memperkenalkan sebuah telefon pintar baru, dinamakan sebagai Mix 4. Dikongsikan melalui MrWhoseTheBoss, sebuah prototaip tidak berfungsi diperlihatkan untuk peranti Mix 4 ini.

Doogee Mix 4 hadir dengan rekaan nirbingkai menyeluruh tanpa sebarang takuk. Ia menawarkan rekaan skrin menyeluruh dihadapan untuk memudahkan anda menikmati kandungan sepenuhnya pada skrin tanpa gangguan komponen lain.

Peranti bersaiz 5.99-inci ini menyembunyikan kamera hadapan dibelakang skrin, dan boleh diakses dengan meluncurkan skrin ke bawah. Komponen lain turut disembunyikan pada bahagian belakang skrin Doogee Mix 4 berkenaan.

Kaedah dan implementasi seumpama ini mungkin akan diminati lebih ramai pengguna berbanding penggunaan takuk pada skrin.

Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat prototaip, dan tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan dilancarkan secara rasminya kepada umum.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd