Samsung Gear S3 Menerima Kemaskini Bagi Menambah Ketahanan Bateri

Samsung Gear S3 Menerima Kemaskini Bagi Menambah Ketahanan Bateri

Diterbitkan pada Apr 7, 2018 oleh .

Samsung sedang giat melakukan kemaskini ke atas peranti-peranti boleh pakai mereka. Sejak tiga minggu kebelakangan ini Gear S2 menerima fungsi yang sama seperti Gear Sport dan Gear Fit 2 turut diberikan kemaskini antaramuka. Gear S3 yang menerima kemaskini Tizen 3 tahun lalu turut menerima kemaskini hari ini.

Kemaskini menurut log perubahan akan menambah prestasi bateri dan memperbaiki sambungan tambatan Bluetooth. Bagi pengguna Gear S3 ini pastinya amat dihargai kerana pasca kemaskini Tizen 3, hayat jam tangan pintar ini tidak lagi mampu bertahan melebihi 2.5 hari seperti dahulu. Kemaskini ini diberikan terlebih dahulu kepada pengguna di Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Kanada.


TIPS & ULASAN