Spotify Mungkin Memperkenalkan Pemain Audio Dalam Kenderaan Tidak Lama Lagi

Spotify Mungkin Memperkenalkan Pemain Audio Dalam Kenderaan Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Apr 7, 2018 oleh .

Spotify sebelum ini telah beberapa kali diperkatakan bakal hadir dengan perkakasan mereka tersendiri. Kini, hadir info terbaru memperlihatkan yang mana produk pertama daripada mereka berkemungkinan adalah sebuah pembesar suara untuk digunakan dalam kenderaan.

Spotify Car Audio

Info ini tertiris melalui ujian yang dilakukan oleh Spotify, memaparkan iklan pemain audio dalam kenderaan ini untuk sesetengah pengguna. Daripada ujian yang dijalankan, Spotify seperti menawarkannya dalam bentuk langganan bulanan dengan komitmen selama 12 bulan.

Dengan adanya pemain audio ini, ia akan memudahkan lagi pengguna mendengar bukan sahaja lagu, tetapi juga mendengar podcast ketika sedang memandu.

Spotify sendiri dilihat menjadualkan tarikh 24 April kelak untuk suatu pengumuman khas. Ia tidak diketahui lagi sama ada Spotify akan memperkenalkan pemain audio dalam kenderaan ini pada acara berkenaan, atau mempunyai perancangan pengenalan produk baru yang lain.


TIPS & ULASAN