YouTube Kids Akan Dikemaskini Dengan Kandungan Yang Disaring Oleh Manusia

YouTube Kids Akan Dikemaskini Dengan Kandungan Yang Disaring Oleh Manusia

Diterbitkan pada Apr 8, 2018 oleh .

Aplikasi YouTube Kids direka khas untuk memaparkan kandungan yang mesra kanak-kanak. Sistem algoritma digunakan oleh Google bagi memberikan kandungan yang bersesuaian mengikut usia pengguna. Tetapi ia tidak sempurna mengakibatkan video konspirasi dan kurang sesuai ditonton kanak-kanak disarankan kepada mereka.

YouTube KidsMenurut laporan Buzzfeed, aplikasi YouTube Kids bakal dikemaskini dengan pilihan memaparkan video yang disaring terlebih dahulu oleh manusia. Saluran-saluran yang akan dipaparkan juga akan disaring oleh manusia terlebih dahulu. Ibu bapa mempunyai pilihan untuk menggunakan versi ini ataupun mengekalkan penggunaan algoritma. Kemaskini ini dipercayai akan dilancarkan dalam masa beberapa minggu.


TIPS & ULASAN