Cari @ Amanz

Wawasan 2020 ialah sasaran negara kita untuk menjadi sebuah negara maju. Ia kini telah digantikan oleh Transformasi Nasional (TN50) di bawah nakhoda Datuk Seri Najib Razak. Sedang kita menumpukan perhatian ke muka bumi, orang lain sudah mula memandang ke angkasa lepas. Aurora Station ialah sebuah hotel di angkasa lepas yang mungkin dibuka seawal 2022.

Hotel angkasa lepas ini dibangunkan oleh Orion Span. Hotel ini mampu menempatkan empat orang pelanggan dan dua orang krew operasi. Kapsul yang akan dilancarkan pada tahun 2021 ini akan mengorbit bumi pada ketinggian 322 kilometer dari permukaan bumi. Ini adalah rendah berbanding International Space Station (ISS) yang mengorbit pada ketinggian 403 km dari permukaan bumi.

Pakej penginapan di Aurora Station ditawarkan pada $9.5 juta (~RM 37 juta) sekepala. Pelanggan akan tinggal selama 12 hari di angkasa lepas dengan tempoh latihan selama 3 bulan. Ini ialah kos yang lebih rendah berbanding $20 juta(~RM 77.3 juta) yang ditawarkan oleh Rusia untuk ke ISS dengan tempoh latihan pula selama 24 jam. Bagi mereka yang berminat mereka boleh melakukan pra-tempahan dengan meletakkan wang permulaan $80,000 seorang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd